Ayat-ayat cinta bercerita?? mesti ramai yang tertanya, jiwangnya si penulis ini, tetapi ia merupakan satu pengenalan bahawa siapakah sumber inspirasi di sebalik tabir si penulis ini..inilah dia keluarga tercinta yang banyak memberi sokongan dan dorongan kepada saya serta penulisan ini. Semoga segala jasa kalian akan diberkati Allah di dunia & akhirat. Dormudi bin Jasman(bapa) & Asiah binti Salleh(ibu) suatu nama yang tidak akan dilupakan kerana tanpa kasih sayang dan sifat belas ihsan mereka tiadalah saya di sini di kalam dan laman ini untuk menulis bagi Islam tercinta. sekalung ucapang jutaan terima kasih buatmu ayah & ibu. Merupakan anak sulung dalam keluarga, satu tanggungjawab yang besar yang harus dipikul untuk memberikan contoh terbaik terutamanya kepada adik-adik serta menjadi kebanggaan kepada keluarga. Hospital Lumut, Perak menjadi saksi lahirnya seorang bayi perempuan yang diberi nama Ida Dayana. Itulah pemilik laman blog ~ secebis Kalam An-Nisa' ~ ini. Kini menetap di Sungai Besar, selangor bersama-sama ayah, ibu dan 4 orang adik yang lain. Anak kedua (Mohammad Alfian-20 tahun), anak ketiga (Ida Dalila-18 tahun), anak keempat (Muhammad Sufian-9 tahun) dan anak yang kelima (Ida Adliana-3 tahun). Awal pendidikan di taska sungai haji dorani bermula umur 5 tahun, tadika simpang 5 (6 tahun), sekolah kebangsaan simpang 5 (7-12tahun), sekolah agama menengah sungai haji dorani (13-15tahun), sekolah agama menengah bestari JAIS (16-17tahun), universiti darul iman malaysia terengganu (dip,18-21tahun), universiti kebangsaan malaysia (bachelor selama 2 bulan,21tahun), universiti mu'tah jordan (bachelor-kini). Alhamdulillah semoga dengan pengenalan yang serba sedikit mengenai diri ini dapat kita membina ukhwah fillah seteguh seribu tiang di jerash. K, wassalam dari saya untuk semua ummat sejagat.