Sukacita saya ingin menyatakan bahawa di laman ini kita semua terbuka untuk membincangkan pelbagai topik yang dirasakan sesuai seiring dengan peredaran zaman dalam kita menyampaikan dakwah tetapi baiklah kiranya kita tidak menyentuh mana-mana hak peribadi individu lain. Saya amat berbesar hati sekiranya ada di kalangan anda yang ingin dan sudi untuk menghantar sebarang idea dan karya yang boleh dimuatkan di laman blog ~ secebis kalam An-Nisa' ~ untuk dikongsikan bersama orang lain. Sebarang penulisan dan karya yang dihantar adalah hak cipta terpelihara. Mungkin ada yang tertanya kenapa saya perlu melakukan sedemikian, kerana ia merupakan salah satu cara untuk saya membuka ruang kepada sesiapa yang berminat untuk menulis dan berkongsi bersama orang tetapi tidak berkesempatan untuk membina laman blog sendiri atau sebab-sebab yang lain. Anda boleh menghantar sebarang karya atau idea ke email saya (dayana_islamic@yahoo.com) atau (idayana87@gmail.com). Karya-karya anda amat dialukan,Barakallahufikum(",)