salam paradigma buat semua warga malaysia terutamanya dan semua warga dunia amnya...jom kita berkongsi pengalaman satukan pemikiran demi kepentingan umat sejagat(",)

KeNaPa SayA MenULiS...??

Why i'm here dan kenapa saya menulis?? Suatu persoalan yang timbul di benak fikiran, yang sentiasa terdetik di hati saya.. sejak lama dulu lagi hati ini memberontak untuk menulis tetapi baru kini akhirnya tiba juga impian itu direlisasi. Penulisan dan pencarian idea bukanlah sesuatu yang mudah tetapi ia memerlukan satu komitmen yang tinggi dan iltizam yang berterusan. Kadang-kadang terdetik juga di hati samada mampu ke diri ini untuk menulis dan memberikan output yang berguna kepada orang lain sedangkan diri ini adalah seorang insan yang mempunyai banyak kelemahan. Tetapi bila difikirkan kembali, semoga dengan penulisan yang sedikit itu dapat memberikan impak yang besar kepada perjalanan dakwah islamiyyah itu sendiri dan pembentukan ummah. Di sini ingin saya berkongsi luahan hati kenapa saya perlu menulis..Ada sesetengah yang berpendapat dengan menulis boleh meluahkan segala isi hati, ia juga merupakan satu hobi tetapi banyak lagi yang boleh dijadikan sebab mengapa kita perlu menulis. Antara sebab kenapa saya menulis adalah untuk mengembangkan idea & ilmu yang saya ada kepada semua agar ia tidak membeku serta tersimpan seperti satu khazanah yang tiada gunanya di dalam otak pemikiran saya. Sebenarnya banyak faedah yang kita boleh perolehi dengan penulisan dan perkongsian idea serta ilmu. Di sini dengan berlapang dada dan penuh kesyukuran, semoga penulisan dan percambahan idea serta illmu yang tidak seberapa ini dapat membawa kebaikan untuk semua walaupun sedikit. Semoga dengan terbinanya laman yang berpaksikan dakwah islamiyyah LillahiTa'ala ini juga dapat sekiranya kita semua bertukar-tukar dan berkongsi ilmu serta idea sesama kita. Di harap juga terdapatnya kritikan-kritikan yang membina dan tangan-tangan yang sudi kiranya menghulurkan karya untuk dikongsikan bersama. Mungkin juga terdapat buah fikiran serta nasihat-nasihat yang berguna untuk diperbaiki sepanjang perjalanan pembinaan blog ini serta dakwah yang ingin disampaikan dari semasa ke semasa. Maka, sampai di sini sahajalah dahulu secebis kalam An-Nisa' yang dapat saya sampaikan sebagai muqaddimah pengenalan kepada blog saya ini. Semoga kita akan berjumpa lagi dengan lambakan ilmu dan idea yang berkualiti serta berguna dari saya dan anda semua. Sekian, salam ukhwah dari saya ~ secebis kalam An-Nisa' ~