BELAJAR @ PERSATUAN

Belajar??
Persatuan??
erm, persoalan yang timbul..
tujuan kita sebagai mahasiswa adalah belajar..tetapi kenapa dengan persatuan,
orang kata belajar tu perlu diutamakan, tetapi salah ke persatuan.. sebenarnya apa-apa pun belajar itu penting dan lebih aula kerana tujuan mahasiswa melanjutkan pelajaran ke universiti adalah menggalas tanggungjwab untuk belajar & menuntut ilmu, manakala persatuan merupakan salah satu sampingan yang perlu seiring dengan belajar kerana persatuan juga mengajar kita untuk manage time dengan sebaiknya. Persatuan mengajar kita mengenali dunia, apa yang kita pelajari dalam kelas @ kuliah kita boleh aplikasikannya di dalam persatuan. Tidak salah untuk menceburi diri dalam bidang persatuan tetapi janganlah sampai kita abaikan dunia pelajaran & tujuan asal kita ke universiti. Persatuan juga mengajar cara berkomunikasi & berinteraksi yang baik dengan orang sekeliling kita juga disiplin yang kuat. Banyak faedah yang kita boleh dapat dengan mengikuti persatuan, kita dapat belajar softskill yang amat diperlukan dalam dunia glocal ini serta dapat memberi sumbangan bakti kepada masyarakat. Belajar & persatuan perlulah seiring supaya kita boleh menjadi mahasiswa matang & berjaya menguasai dunia dalam rangka kita berdakwah. Jawapan yang tepat ada pada diri anda, tepuk dada tanya akal, akal yang diiringi dengan iman dapat berfikir secara teratur dan disusuli hati yang bijak dalam membuat keputusan. "selamat belajar & berpersatuan"(",)