BADAN KEBAJIKAN ANAK NEGERI

Tanggal 31hb 8 menyaksikan pelbgai rencam mesyuarat agung tahunan badan kebajikan anak negeri dijalankan di sekitar universiti-universiti Jordan di 4 mantiqah antaranya Yarmouk, Just dan Mu'tah. BKASJ, KMKJ, BKAPJ, PUTRA dan banyak lagi yang melakukan pembubaran tampuk pemerintahan sesi 08/09 dan pilihanraya bagi tampuk pemerintahan sesi 09/10 pada hari tersebut. Bercerita mengenai mesyuarat agung tahunan, saya lebih suka untuk menyentuh apa sebenarnya peranan Badan Kebajikan Anak Negeri ini ditubuhkan. Adakah semata-mata untuk menjalankan program yang gah, untuk bersukaria, mendapatkan kenamaan serta pangkat semata-mata atau berkhidmat secara tulus dan ikhlas demi menjaga kebajikan ahli-ahli BKAN itu sendiri. Setiap organisasi BKAN mempunyai kekuatan serta gaya tersendiri dalam menjalankan amanah yang telah diberi. Tetapi sejauh manakah peranan itu diambil dan dijalankan serta memberi impak yang besar kepada ahli-ahli BKAN itu sendiri. Tidak perlulah kiranya saya pergi jauh, marilah kita lihat sendiri serta renungi jasa dan khidmat Badan Kebajikan Anak Negeri Selangor serta peranan yang telah dilakukan oleh tampuk pemerintahan pada sesi 08/09 kali ini. Bak kata saudara Aizat Amiruddin "tahniah 2 kali buat tampuk pemerintahan kali ini dan ingin minta 1 penjelasan, 1 kali tahniah kepada tampuk pimpinan BKASJ sesi 08/09 kerana dapat mengurangkan program bertarikh yang besar kepada 6 unit sahaja pada kali ini..ini menunjukkan kematangan tampuk pimpinan kali ini kerana lebih banyak menumpukan kepada kebajikan ahli BKAN itu sendiri..........". Nampaknya betapa tampuk pimpinan kali ini bekerja keras bagi memastikan kebajikan ahli terjaga, maka tertubuhlah unit pengurusan zakat sehingga tindakan yang diambil menampakkan hasil apabila zakat dermasiswa dari jumlah RM12,000.00 akan dinaikkan sehingga RM16,000.00 seperti yang telah diwar-warkan oleh Dato' Dr. Hassan Ali sewaktu delegasi ke bumi Jordan. Tahniah buat tampuk pemerintahan kali ini di atas jasa dan amanah yang kalian lakukan. Banyak lagi sebenarnya jasa dan khidmat yang mereka lakukan demi amanah serta janji yang perlu ditunaikan. Tetapi eloklah kiranya saya tidak menceritakan lebih lanjut kerana anda sendiri sebenarnya adalah penganalisa dan penilai terbaik bagi Badan Kebajikan Anak Negeri anda sendiri kerana undi di tangan anda. Biasalah, mana ada yang sesempurna mungkin di dunia ini..masih ada kelemahan yang perlu ditampung dan diperbaiki bagi tampuk pimpinan yang akan datang sesi 09/10 bagi meneruskan misi dan perjuangan dari generasi ke generasi. Semoga penyelarasan tugas lebih sistematik dan kesalafahaman di antara pemimpin itu dapat dikurangkan supaya kewibawaan tampuk pimpinan pada masa akan datang tidak diperlekehkan. Semoga kerja-kerja yang dilakukan lebih teliti dan lebih bersikap profesional dalam berkomunikasi dan membuat sesuatu kenyataan. Keputusan pilihanraya telah diumum, debaran calon telahpun berlalu, sekalung tahniah buat tampuk pemerintahan sesi 08/09 dengan penuh kegembiraan kerana telah lepasnya amanah yang dipikul, dan tahniah serta takziah buat tampuk pimpinan 09/10 yang bakal menerajui serta memikul amanah Badan Kebajikan Anak Negeri. Tidak lupa juga saya ingin berkongsi sesuatu yang lain dari yang lain apabila handphone menjadi rebutan..siapakah pemilik yang bertuah bagi hadiah cabutan bertuah kali ini. Begitu bijak Ahli Jawatankuasa Mesyuarat Agung Tahunan Badan Kebajikan Anak Negeri Selangor kali ini apabila menarik ramai ahli dengan hadiah cabutan bertuah yang ditawarkan. Akhirnya, tuah ayam nampak di kaki tuah manusia siapalah yang tahu. Ok, semoga kita berjumpa lagi pada AGM BKAN tahun hadapan. Juga sukacitanya semoga kita berjumpa lagi pada ~ Secebis Kalam An-Nisa' ~ yang akan datang dengan cerita yang menarik dan ilmu yang bermanfaat. Wassalam(",).