Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa orang yang tidak khusyuk solatnya dikira sia-sia belaka, (nauzubillahi min zalik), kerana tujuan kita solat itu selain untuk mengingati Allah S.W.T.

Ia juga berfungsi sebagai alat pencegah dan perbuatan keji dan mungkar. Apabila lalai ketika menunaikan solat bererti orang itu tidak akan merasa gerun ketika melakukan perkara keji dan mungkar.

Solat yang khusyuk ialah mereka yang sentiasa sedar dan mengikuti segala pengertian dan setiap kalimah yang diucapkan di dalam solatnya.

Justeru itu apabila ia membaca fatihah, hatinya akan mengikuti dan memahami makna setiap kalimah yang terucap.

Misalnya apabila mereka membaca ayat keempat dari surah al-Fatihah yang bermaksud:
(4) مالك يوم الدين
"Allah yang memiliki akhirat"

maka tergambar segala kekalutan, kesibukan dan huru-hara manusia serta bersesak-sesak di padang Mahsyar, ia akan terasa diri semaki kerdil dan lemah di sisi Allah SWT.

Apabila membaca ayat kelima dari surah Fatihah :
(5) إياك نعبد و إياك نستعين
"Engkaulah yang kusembah dan Engkaulah tempatku bermohon"

bererti mereka telah memberikan kesetiaan dan pengabdian hanya kepada Allah SWT, bukannya menjadi penyembah hawa nafsu atau yang lain-lainnya.

Akhirnya mereka tidak ada keinginan untuk melakukan perkara keji dan mungkar, kerana melakukan perbuatan keji bererti mereka telah menjadi hamba nafsu, yang demikian adalah bercanggah dengan ucapannya yang mengaku bahawa dia hanya menyembah Allah SWT semata-mata.