Ya Allah perjalanan yang sungguh panjang...terlalu lama memendam rasa,terlalu lama menyepikan diri...kini cuba untuk kembali bertapak semula di hati...mafkan diri sang penulis yang lama tidak menjengah wajah rindu sang pembaca...

terima kasih sekalung budi pada insan yang berjiwa kental mengingatkan sang penulis pada warkah ini...terima kasih Cikgu Laili Saadah atas menyedarkan diri sang penulis pada sepuluh jari yang lama tidak mengetuk papan keyboard untuk berkongsi rasa, pemikiran yang sepatutnya sudah lama sang penulis ingin curahkan...

kengkangan masa yang dibina oleh diri sendiri menyebabkan warkah & wajah bertahun lamanya tidak dihiasi...adakah merajuk si penulis pada warkah ini,adakah marah di hati untuk membiarkan semangat jitu yang dulu terkubur begitu...tapi penulis sedar,jiwanya masih membara cuma mungkin sekelumit rasa jiwa bertukar arah pada kelayuan diri untuk mencurahkan semua yang di rasa untuk tidak dikongsi pada yang lain..

ku bina warkah baru setahun yang lepas bukan untuk menggantikan warkah lama yang banyak berjasa cuma sekadar untuk menemani warkah sedia ada supaya tidak kesunyian..

tapi salah si penulis kerana asyik leka pada warkah baru sehingga membiarkan warkah lama yang setia  menanti entri baru untuk dibina tenggelam tanpa suara & bicara...ALLAHUAKBAR ku rindu pada kerinduan itu..untuk sama-sama menajamkan minda mengasah diri untuk berkongsi sedikit kurang ilmu yang dipinjamkan oleh YANG MAHA PENCIPTA pada hamba yang kerdil ini bagi diperkembang biakkan supaya tidak layu & terkubur tanpa diamalkan..

tahniah juga diri ini ingin gambarkan rasa gembira kerana kini ashabiah penulis sudah ramai yang cuba untuk menerjunkan diri dalam bidang penulisan..sem0ga ilmu yang baik ini dapat dikongsi bersama untuk sekelian ummah :)

ini permulaan bagi warkah & para pembaca yang sudi menanti hadirnya nyawa & jiwa baru penulis yang kerdil ini..

mohon mengundur diri,andai tersalah bicara terlebih kata boleh ditegur bersama...maniskan senyuman, lapangkan dada,ikhlaskan jiwa...tajamkan minda,suburkan nafas dengan kalamNya & zikir kepadaNya..muhasabah cinta terhadap PENCIPTA,mafkan sume kesalahan mereka yang ada sebelum mata tertutup sementara,sem0ga bangkitnya es0k memberi kebahagiaan pada mereka yang berjiwa besar & juga pemurah dengan memafkan kesalahan orang lain...


sem0ga langkah yang dibawa esok adalah langkah baru dalam setiap diari hidup juga memberi sinar keimanan kepada mereka yang bermata hati..save ummah wif ur writing insyaALLAH ^_^