~ Secebis Kalam An-Nisa' ~

=> Biarkan kalam itu berkata-kata mengikut kalam yang sedia ada selari dan tidak bercanggah dengan KALAMULLAH <=




DEFINISI BERSYUKUR...

Menurut Kamus Dewan (1991, 1225), syukur dari sudut bahasa: berterima kasih, manakala bersyukur pula ialah berasa syukur dan berterima kasih. Dalam Kamus Al-Mujam Al-Wasit pula, syukur membawa maksud mengingati dan memuji-muji nikmat yang dikurniakan oleh ALLAH. Dalam Kamus Lisan AL-Arab, bersyukur didefinisikan sebagai menerima nikmat dengan perkataan, perbuatan dan niat. Ini melibatkan memuji Tuhan Pemberi nikmat dengan lisannya, menumpukan diri dengan melakukan ketaatan kepadaNya dan meyakini ia adalah sebenar-benar penolongnya.
     
      Dengan ini dapat disimpulkan bersyukur ialah mengucapkan rasa terima kasih kepada ALLAH (s.w.t) di atas nikmat yang dikurniakan kepada hambaNya. Dengan ini dapat difahami juga cara bersyukur kepada seseorang yang memberikan sesuatu kepada kita ialah dengan mengucapkan terima kasih kepadaNya.


~Pintalan Jiwa~


CINTA……

     Cinta pada dunia, dunia akan pergi. Cinta pada manusia, manusia akan mati. Cintalah pada ALLAH kerana Dialah yang kekal abadi. Hari ini kita begitu asyik dengan cinta. Cinta pada harta, cinta pada dunia dan cinta pada kekasih. 

     Sehinggakan Laila Majnun, Romeo dan Juliet menjadi idola. Kita juga mengaku cinta kepada yang Esa yang pada hakikinya tidak pernah terlintas di sanubari. Buang emak buang saudara kerana kasih hamba turutkan.
    Tetapi kita kurang rasa cinta pada Yang Esa. Kita mengaku menyintai Allah tetapi tidak pernah melaksanakan tanggungjawab kepadaNya. Acap kali kita melafazkan cinta sehingga lalai untuk membuktikan cinta kita pada Yang Esa.

     Sekadar sembahyang lima waktu yang kadang kala kita abaikan. Adakah itu bukti cinta kita pada ALLAH? Sekadar berpuasa lapar dan dahaga sahaja, atau sekadar mengeluarkan zakat atas desakan, itukah yang dipanggil cinta abadi kepadaNya? Amalan kita hanyalah ala kadar sahaja.

Allahu rabbuna <3>
     Sedarlah amalan yang kita bangga-banggakan selama ini sebenarnya masih jauh lagi untuk membuktikan cinta pada ALLAH. Cinta sebenarnya ialah cinta yang dipenuhi keikhlasan begitu juga dengan amalan kita kepadaNya.

About this blog

Saya mengalu-alukan kehadiran anda di laman blog ini..
Semoga kita semua mendapat keredhaan-Nya di dunia & akhirat..
Jazakallah khairan kathiran(",)

teman blog yang manja

Páginas

Páginas vistas en total

Powered By Blogger

Entradas populares

Followers

clock

Calendar Hijrah

Chit Chat Muhasabah


ShoutMix chat widget

asmaul husna

Buscar

Laman Tetamu

Nasyid FM