CINTA……

     Cinta pada dunia, dunia akan pergi. Cinta pada manusia, manusia akan mati. Cintalah pada ALLAH kerana Dialah yang kekal abadi. Hari ini kita begitu asyik dengan cinta. Cinta pada harta, cinta pada dunia dan cinta pada kekasih. 

     Sehinggakan Laila Majnun, Romeo dan Juliet menjadi idola. Kita juga mengaku cinta kepada yang Esa yang pada hakikinya tidak pernah terlintas di sanubari. Buang emak buang saudara kerana kasih hamba turutkan.
    Tetapi kita kurang rasa cinta pada Yang Esa. Kita mengaku menyintai Allah tetapi tidak pernah melaksanakan tanggungjawab kepadaNya. Acap kali kita melafazkan cinta sehingga lalai untuk membuktikan cinta kita pada Yang Esa.

     Sekadar sembahyang lima waktu yang kadang kala kita abaikan. Adakah itu bukti cinta kita pada ALLAH? Sekadar berpuasa lapar dan dahaga sahaja, atau sekadar mengeluarkan zakat atas desakan, itukah yang dipanggil cinta abadi kepadaNya? Amalan kita hanyalah ala kadar sahaja.

Allahu rabbuna <3>
     Sedarlah amalan yang kita bangga-banggakan selama ini sebenarnya masih jauh lagi untuk membuktikan cinta pada ALLAH. Cinta sebenarnya ialah cinta yang dipenuhi keikhlasan begitu juga dengan amalan kita kepadaNya.