CINTA……
Cinta pada dunia, dunia akan
pergi. Cinta pada manusia, manusia akan mati. Cintalah pada ALLAH kerana Dialah
yang kekal abadi. Hari ini kita begitu asyik dengan cinta. Cinta pada harta,
cinta pada dunia dan cinta pada kekasih.
Sehinggakan Laila Majnun,
Romeo dan Juliet menjadi idola. Kita juga mengaku cinta kepada yang Esa yang
pada hakikinya tidak pernah terlintas di sanubari. Buang emak buang saudara
kerana kasih hamba turutkan.
Tetapi kita kurang rasa cinta pada
Yang Esa. Kita mengaku menyintai Allah tetapi tidak pernah melaksanakan
tanggungjawab kepadaNya. Acap kali kita melafazkan cinta sehingga lalai untuk
membuktikan cinta kita pada Yang Esa.
Sekadar sembahyang lima waktu
yang kadang kala kita abaikan. Adakah itu bukti cinta kita pada ALLAH? Sekadar berpuasa
lapar dan dahaga sahaja, atau sekadar mengeluarkan zakat atas desakan, itukah
yang dipanggil cinta abadi kepadaNya? Amalan kita hanyalah ala kadar sahaja.
![]() |
Allahu rabbuna <3> |
Sedarlah amalan yang kita bangga-banggakan
selama ini sebenarnya masih jauh lagi untuk membuktikan cinta pada ALLAH. Cinta
sebenarnya ialah cinta yang dipenuhi keikhlasan begitu juga dengan amalan kita
kepadaNya.
0 comments:
Post a Comment